BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 1, 2010

Kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

I
a tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai
 tudung dan
memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah
dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
 Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu
lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap
 sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih
 lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
 di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
 pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
 dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan
selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut
adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan
 di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan
 (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even 
though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu
walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. 
One on your right side and the other one was by your left side.
 If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang
lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang
lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu,
sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.
Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu,
mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


Thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment